Feb 8, 2011

Adab-adab Berdoa


1. Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa do'a kita akan dikabulkan oleh Allah.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah s.w.t.. tidak akan mengabulkan do'a dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (Hadis Riwayat Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)


2. Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.


Sabda Nabi s.a.w. maksudnya.:" Akan dikabulkan do'a hamba selagi ia tidak berdo'a dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya:" Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? "Jawab Nabi s.a.w.:" Dia berkata: Sungguh aku telah berdo'a tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdo'a lagi." (Hadis Riwayat Imam Musllm)


3. Berdo'a dalam semua keadaan:


Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan do'anya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak do'a ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)


4. Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:


Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan do'a kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)


5. Jangan memohon kepada selain Allah:


Sabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas maksudnya :" Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)


6. Berdo'a dengan suara yang sederhana:


Allah berfirman maksudnya :
"Berdo'alah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Surah Al A’raf ayat 55)

7. Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:


Allah berfirman: Maksudnya : "Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Surah Al A’raf ayat 180)


8. Mengaku berdosa:


Sabda Nabi s.a.w : Penghulu istighfaar ialah:Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (Hadis Riwayat Bukhari)


9. Jangan terikat dengan sajak dalam do'a:


Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya: Jauhilah sajak ketika kamu berdo'a, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)


10. Berdo'a dengan khusyu' dan merendah diri:


Allah berfirman: Maksudnya : "Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai." (Surah Al A'raf ayat 205)


11. Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa :


Rasulullah s.a.w. berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdo'a: "Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah do'a akan dikabulkan Allah? (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


12. Berdo'a dengan amal soleh :


Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdo'a kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal soleh masing masing. Do'a mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.


13. Mengulangi do'a sebanyak tiga kali:


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w jika berdo'a, baginda berdo'a sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.


14. Bersalawat kepada Nabi s.a.w.:


Sabda Nabi s.a.w :
Maksudnya : "Tiap- tiap do'a akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan)

15. Menghadap Kiblat:


Dari Abdullah Bin Mas'ud r.a. katanya:
Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdo'a mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

16. Mengangkat kedua-dua tangan:


Abdullah Bin Omar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdo'a: "Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali)." (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)


17. Berwudhu' sebelum berdo'a:


Berkata Abu Musa r.a : " Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada
aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.. dan memohon do'anya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdo'a: "Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda.


18. Berdoa sambll menangis:


Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa a.s..: Ertinya: "Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118)


19. Berdo'a sambil merendahkan diri:


Allah s.w.t.. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: Maksudnya "Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang".
(Surah Al Anbiyaa ayat 89)

20. Berdo'a pada waktu waktu yang mustajab


Kita meyakini bahawa Allah s.w.t.. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.

0 komen: