Feb 23, 2011
Otak & Sujud
Feb 18, 2011
Kisah Cinta... (Ustaz Jamnul Azhar)
Feb 17, 2011
25 Pesanan Luqmanul Hakim
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Harapan
Feb 16, 2011
HOPE!!!
gunung harapan ini
walau ku tahu
ranjaunya...
runcing berduri
tiada yang bakal merubah
jika diri kita tidak mengubah
tiada yang sudi memberi
jika acap kali kau minta
simpati
dipesan orang tua;
dikala suka, ramai bertanya
dikala sedih, ramai menyisih
akan ku kota segala kata
tak ku mungkiri janji termetri
harapanmu bonda ayahanda
tak ku biar karat di hati
hanya padaMu Tuhan
ku mohon kesempatan
tunjukkanlah jalan
permudahkanlah
perhitungan.
Feb 12, 2011
19 Hadis Nabi Mengenai Wanita
1.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawapan baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimya. maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
4.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit. maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.
7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, dan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8.
Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.
Tiap2 perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
11.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkanya (serta menjaga sembahyang dan puasa).
15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.
Syurga di bawah telapak kaki ibu.
17.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Feb 8, 2011
Adab-adab Berdoa
1. Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa do'a kita akan dikabulkan oleh Allah.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah s.w.t.. tidak akan mengabulkan do'a dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (Hadis Riwayat Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)
2. Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya.:" Akan dikabulkan do'a hamba selagi ia tidak berdo'a dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya:" Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? "Jawab Nabi s.a.w.:" Dia berkata: Sungguh aku telah berdo'a tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdo'a lagi." (Hadis Riwayat Imam Musllm)
3. Berdo'a dalam semua keadaan:
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan do'anya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak do'a ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)
4. Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan do'a kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
5. Jangan memohon kepada selain Allah:
Sabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas maksudnya :" Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)
6. Berdo'a dengan suara yang sederhana:
Allah berfirman maksudnya : "Berdo'alah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Surah Al A’raf ayat 55)
7. Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:
Allah berfirman: Maksudnya : "Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Surah Al A’raf ayat 180)
8. Mengaku berdosa:
Sabda Nabi s.a.w : Penghulu istighfaar ialah:Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (Hadis Riwayat Bukhari)
9. Jangan terikat dengan sajak dalam do'a:
Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya: Jauhilah sajak ketika kamu berdo'a, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)
10. Berdo'a dengan khusyu' dan merendah diri:
Allah berfirman: Maksudnya : "Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai." (Surah Al A'raf ayat 205)
11. Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa :
Rasulullah s.a.w. berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdo'a: "Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah do'a akan dikabulkan Allah? (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
12. Berdo'a dengan amal soleh :
Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdo'a kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal soleh masing masing. Do'a mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.
13. Mengulangi do'a sebanyak tiga kali:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w jika berdo'a, baginda berdo'a sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.
14. Bersalawat kepada Nabi s.a.w.:
Sabda Nabi s.a.w : Maksudnya : "Tiap- tiap do'a akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan)
15. Menghadap Kiblat:
Dari Abdullah Bin Mas'ud r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdo'a mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
16. Mengangkat kedua-dua tangan:
Abdullah Bin Omar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdo'a: "Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali)." (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
17. Berwudhu' sebelum berdo'a:
Berkata Abu Musa r.a : " Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada
aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.. dan memohon do'anya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdo'a: "Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda.
18. Berdoa sambll menangis:
Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa a.s..: Ertinya: "Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118)
19. Berdo'a sambil merendahkan diri:
Allah s.w.t.. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: Maksudnya "Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang". (Surah Al Anbiyaa ayat 89)
20. Berdo'a pada waktu waktu yang mustajab
Kita meyakini bahawa Allah s.w.t.. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.
Hikmah Menutup Aurat (Wanita)
Feb 7, 2011
Sebab Hati Mati
Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;
- Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
- Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
- Buat amalan tapi tidak ikhlas.
- Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
- Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
- Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
(Hasan Al Bashri r.a.)
Godaan Iblis Ketika Solat
Jwb iblis ," waktu itulah masa yg paling sukar bagiku, seluruh badan aku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yg terdiri dari syaitan dan jin spya menggoda org yg hendak solat itu. Setiap org akan digoda b'puluh-puluh syaitan, setengah pd anggotanya spya ia merasa malas.."
"Setengah akan masuk ke dlm hatinya spya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pkerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnye..
Setengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang..
Setengah yg lain pula akan duduk di atas belakangnya spya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakan supaya sembahyang itu cepat habis..
Semua godaan ini adalah spya pahala sembahyang seseorang umatmu itu menjadi kurang.. Sekiranya segala godaan syaitan itu tdk berhasil maka aku hukum dengan seberat-beratnya hukuman ke ats syaitan-syaitan itu."