Aug 30, 2010

Kelebihan Surah Al-Kautsar


Smpena bulan posa ni, nk kongsi sikit klebihan 1 surah ni... Surah ni plg pendek, hnya mngandungi 3 ayat & dturunkn di Makkah dan bmaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini dperbuat drpd batu permata nan indah dan cantik Rasanya lebih manis drpd madu, warnanya pula lbh putih drpd susu dan lbh wangi drpd kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya’ allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

2 komen:

aqmar said...

terima kasih kerana berkongsi...

Y0unG TraFf0rD said...

sama2 kasih...:)