Dengan mengeluarkan kata-kata agama, tidak semestinya aku seorang ustaz
sopannya pakaianku, tidak semestinya aku seorang yang alim
dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya
aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu
cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu
dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik
...
Sep 15, 2011
Aku...
Mar 29, 2011
Lelaki Yang Pasti Masuk Syurga
"Pada suatu mlm Rasullullah S.A.W. telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota mekah. Muka dia bersih... ... "Mlm ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga"kata Nabi Muhammad. "Lelaki inilah penghuni syurga tersebut"kata Nabi Muhammad kepada sejumlah besar jemaah yang hadir utk sembahyang Insyak tersebut.
Antara sahabat yg hadir mlm itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik utk menyelidik ibadat lelaki tersebut. Lelaki tersebut bukanlah org. alim. Malah ibadatnya biasa shj. Tidak terlihat hal2 yg istimewa pd dirinya sblm ini. Malah ketika Nabi memperkenalkannya dia sudah bersiap2 utk pulang ke rumah. Adakah Rasullulah hendak bergurau?
Malah yg lebih mengagumkan x pd mlm itu shj Rasullulah menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. Malah keesokannya baginda turut berbuat demikian. Maka para sahababat yg hadir semalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? Ataupun dia begitu tulus sehingga x ada langsung ibadatnya diketahui org lain? Dan Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apb Rasullulah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi.
Selesai sembahyang Isyak berjemaah Abdullah segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dr belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat telatah Abdullah lantas bertanya: "Kenapa engkau tergesa-gesa?" "Jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamu mu mlm ini" kata Abdullah. "Sungguh berbesar hati saya krn saudara sudi bermalam di rumah saya"sahut lelaki tersebut kehairanan. "Saya benar2 ingin b'mlm di rumah saudara setelah Rasullulah memperkenalkan sebagai org paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara krn saya juga ingin masuk syurga."jawab Abdullah. "Tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan drpd apa yg saudara lihat" jelas lelaki itu lagi. "Tapi saya ingin menginap di rumah saudara" "Kalau begitu silalah ke rumah saya" balas lelaki itu lagi.
Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu. Apb sampai di rumah lelaki tersebut Abdullah tlh meminta izin utk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya dgn b'hati2. Menurut Anas bin Malik stlh 3 hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut x ada apa yg istimewa yg dilihatnya. Lelaki itu x pernah berzikir bahkan smbg. tahajjud pun tak. Pada mlm pertama Abdullah menceritakan kpd Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pd mulanya lelaki itu tidur nyeyak... ... then tengah mlm dia terjaga. Tetapi tak ada apa yg lelaki tu buat melainkan drpd memusingkan badannya dan mengucap kalimah " Ya Allah" kemudian continue tidurnya. Dan begitulahlah yg berlaku pd mlm seterusnya sampailah 3 malam berturut2. Tapi Abdullah telah menduga lelaki itu x melakukan pelbagai ibadat krn hatinya begitu ikhlas... ..maka dia pun bertanya kat lelaki tersebut sblm dia meniggalkan rumah tersebut. "Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui ibadat mu. Sudilah saudari memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga " kata Abdullah. "Tidak ada ibadat lain melainkan apa yg saudara lihat" jawab lelaki itu bersungguh2. Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut Abdullah pun tak tanya lagi dan berterima kasih kpd lelaki tersebut... ...
Sebelum Abdullah pergi lelaki tersebut tlh memanggilnya seraya berkata... "Saudara... ... mmg x ada ibadat lain melainkan dr apa yg kau lihat.Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kpd sesiapa pun." jelas lelaki tersebut memberi pengakuan. "Rupanya inilah sikap terpuji pd diri mu. Maka aku berjanji x akan mencela sesiapapun. Terima kasih krn memberi pentujuk yg berguna kpd saya" ujar Abdullah dgn gembira... ..

PENGAJARAN: Sesiapa yg mengumpat dan mencaci org lain hendaklah dia meminta maaf krn Allah x akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia. Oleh itu hendaklah selesaikan di dunia. Di akhirat urusan Allah dgn hambanya... ... ... ... .
Perempuan Pertama Masuk Syurga
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
——————————————–
Mar 27, 2011
Ayat-ayat Cinta

Maaf Untuk Berpisah
Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu kau tahu tentang diriku yang selalu mengenang mu selamanya Kini kusedari bahawa semua itu adalah salah juga keliru Akan membuat hati menjadi ternodai Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati Telah membawa mu kedalam jalan yang melupakan tuhan Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi Ku tahu bahwa dirimu mendambakan kasih suci yang sejati Kuyakin bahwa dirimu merindukan kasih sayang yang hakiki Kini kusedari bahwa semua itu adalah salah dan juga keliru Akan membuat hati menjadi ternodai Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati Telah membawa mu kedalam jalan yang melupakan tuhan Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi Dan bila takdirnya kita bersama Pastinya Allah kan menyatukan kita Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati Telah membawa mu kedalam jalan yang melupakan tuhan Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi



