Feb 26, 2010

Kita Kawan or Musuh Setan???

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.


Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.


Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Feb 1, 2010

Kepenatan...



penat...





& penat...







& penat...










tidoq sat la...

hilangkn tensyen...

Jan 28, 2010

Solat yang tak Diterima...

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Jan 21, 2010

Tika & Ketika...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang
eperti sia-sia...
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu saja...
Allah sedang menunggu bersama-samamu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu
terlalu sibuk untuk menelefon dirimu..
Allah sentiasa berada di sampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah mempunyai jawapannya.
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
sebenarnya Allah
sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah telah pun meberkatimu
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi ntuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada..
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu

Jan 19, 2010

Jom Solat ngn Khusyuk...:-)

Pnah ke kita pkir knapa susah sgt untk kita khusyuk dlm solat?
Mgkin kita tk sdaq yg proses untk khusyuk dlm solat start dri wuduk lg...
Slain dri rukun wuduk, kita gk swajarnya mgamalkn adab2 n niat atau doa ktika wuduk...


Ketika bkumur, bniatlh... "Ya Allah, ampunilh dosa mulut dan lidahku ini."
Asbabnya - Kita hari2 bcakap pkara yg tk bfaedah.

Ketika mbasuh muka, bniatlh... "Ya Allah, putihknlh mukaku di akhirat kelak, Janganlh Kau hitamkn mukaku ini."
Asbabnya - Ahli syurga mukanya putih bseri2.

Ketika mbasuh tangan kanan, bniatlh... "Ya Allah, beriknlh hisab2ku di tangan kananku ini."
Asbabnya - Ahli syurga dberikn hisab2nya di tangan kanan.

Ketika mbasuh tangan kiri, bniatlh... "Ya Allah, janganlh berikn hisab2ku di tangan kiriku ini."
Asbabnya - Ahli neraka dberikn hisab2nya di tangan kiri.

Ketika mbasuh rambut, bniatlh... "Ya Allah, lindungilh aku dri terik matahari di padang Masyar dgn Arasy-Mu."
Asbabnya - Panas di padang Masyar mcm matahari sjengkal di atas kepala.

Ketika mbasuh telinga, bniatlh... "Ya Allah, ampunilh dosa telingaku ini."
Asbabnya - Hari2 mdengar orang mngumpat, mfitnah & sbgnya.

Ketika mbasuh kaki kanan, bniatlh... "Ya Allah, pmudahknlh aku mlintasi titian Siratul Mustaqqim."
Asbabnya - Ahli syurga mlintasi titian dgn pantas skali.

Ketika mbasuh kaki kiri, bniatlh... "Ya Allah, bawaknlh aku pergi ke masjid, surau2 & bukanlh tmpt2 mksiat."
Asbabnya - Qada' & Qadar kita di tangan Allah.

Pastu, insyaAllah...bleh la kita solat ngn khusyuk...