Mar 29, 2011

Lelaki Yang Pasti Masuk Syurga


"Pada suatu mlm Rasullullah S.A.W. telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota mekah. Muka dia bersih... ...
"Mlm ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga"kata Nabi Muhammad. "Lelaki inilah penghuni syurga tersebut"kata Nabi Muhammad kepada sejumlah besar jemaah yang hadir utk sembahyang Insyak tersebut.

Antara sahabat yg hadir mlm itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik utk menyelidik ibadat lelaki tersebut.
Lelaki tersebut bukanlah org. alim. Malah ibadatnya biasa shj. Tidak terlihat hal2 yg istimewa pd dirinya sblm ini. Malah ketika Nabi memperkenalkannya dia sudah bersiap2 utk pulang ke rumah. Adakah Rasullulah hendak bergurau?

Malah yg lebih mengagumkan x pd mlm itu shj Rasullulah menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. Malah keesokannya baginda turut berbuat demikian. Maka para sahababat yg hadir semalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? Ataupun dia begitu tulus sehingga x ada langsung ibadatnya diketahui org lain?
Dan Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apb Rasullulah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi.

Selesai sembahyang Isyak berjemaah Abdullah segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dr belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat telatah Abdullah lantas bertanya: "Kenapa engkau tergesa-gesa?" "Jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamu mu mlm ini" kata Abdullah.
"Sungguh berbesar hati saya krn saudara sudi bermalam di rumah saya"sahut lelaki tersebut kehairanan. "Saya benar2 ingin b'mlm di rumah saudara setelah Rasullulah memperkenalkan sebagai org paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara krn saya juga ingin masuk syurga."jawab Abdullah. "Tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan drpd apa yg saudara lihat" jelas lelaki itu lagi. "Tapi saya ingin menginap di rumah saudara" "Kalau begitu silalah ke rumah saya" balas lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu. Apb sampai di rumah lelaki tersebut Abdullah tlh meminta izin utk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya dgn b'hati2.
Menurut Anas bin Malik stlh 3 hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut x ada apa yg istimewa yg dilihatnya. Lelaki itu x pernah berzikir bahkan smbg. tahajjud pun tak. Pada mlm pertama Abdullah menceritakan kpd Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pd mulanya lelaki itu tidur nyeyak... ... then tengah mlm dia terjaga. Tetapi tak ada apa yg lelaki tu buat melainkan drpd memusingkan badannya dan mengucap kalimah " Ya Allah" kemudian continue tidurnya. Dan begitulahlah yg berlaku pd mlm seterusnya sampailah 3 malam berturut2. Tapi Abdullah telah menduga lelaki itu x melakukan pelbagai ibadat krn hatinya begitu ikhlas... ..maka dia pun bertanya kat lelaki tersebut sblm dia meniggalkan rumah tersebut. "Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui ibadat mu. Sudilah saudari memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga " kata Abdullah. "Tidak ada ibadat lain melainkan apa yg saudara lihat" jawab lelaki itu bersungguh2. Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut Abdullah pun tak tanya lagi dan berterima kasih kpd lelaki tersebut... ...

Sebelum Abdullah pergi lelaki tersebut tlh memanggilnya seraya berkata...
"Saudara... ... mmg x ada ibadat lain melainkan dr apa yg kau lihat.Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kpd sesiapa pun." jelas lelaki tersebut memberi pengakuan. "Rupanya inilah sikap terpuji pd diri mu. Maka aku berjanji x akan mencela sesiapapun. Terima kasih krn memberi pentujuk yg berguna kpd saya" ujar Abdullah dgn gembira... ..

PENGAJARAN: Sesiapa yg mengumpat dan mencaci org lain hendaklah dia meminta maaf krn Allah x akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia. Oleh itu hendaklah selesaikan di dunia. Di akhirat urusan Allah dgn hambanya... ... ... ... .

Perempuan Pertama Masuk Syurga


Siti Fatimah adalah
anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.


Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

——————————————–


Mar 27, 2011

Ayat-ayat Cinta


Bila dah tk kuat sgt tu,kadang2 kita ada trlintas

Kenapa aku diuji??

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 y sblum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 y benar dan sesunguhnya Dia mengetahui org2y dusta."

Surah Al-Ankabut ayat2-3


Kenapa aku tk dapat apa yg aku idamkan??

"Boleh jadi kamu membeci seseuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa susah sgt ujian nih??

"Allah tdak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286


Rasa frust?tension?lemah semangat?

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang pling tinggi drjatnya jika kamu org2 y beriman."

Surah Al-Imran ayat 139


Bagaimana harus aku menghadapinya??

"Wahai og2 yang beriman!Bersabarlah kamu mghdpi sgla kesukaran dalam mngerjakan perkara perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan),dan bersedialh dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan, serta bertqwalh kamu kpd Allah supaya kamu mencpai kemenangan"

Surah Al Imran ayat 200


Apa yg aku dapat dri semua ni??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dri org2 mukmin diri,harta mereka dgan mmberikan syurga untuk mereka......

Surah At-Taubah ayat 111

Maaf Untuk Berpisah




Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu

kau tahu tentang diriku yang selalu mengenang mu selamanya

Kini kusedari bahawa semua itu adalah salah juga keliru

Akan membuat hati menjadi ternodai


Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati

Telah membawa mu kedalam jalan yang melupakan tuhan

Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri

Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi


Ku tahu bahwa dirimu mendambakan kasih suci yang sejati

Kuyakin bahwa dirimu merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusedari bahwa semua itu adalah salah dan juga keliru

Akan membuat hati menjadi ternodai


Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati

Telah membawa mu kedalam jalan yang melupakan tuhan

Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri

Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi


Dan bila takdirnya kita bersama

Pastinya Allah kan menyatukan kita


Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati

Telah membawa mu kedalam jalan yang melupakan tuhan

Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri

Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi



Bertemu dan Berpisah KeranaNya..


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Mar 13, 2011

Tapi...


BESI itu kuat,tapi API mampu meleburnya

Api itu kuat,tapi AIR mampu memadamnya

AIR itu kuat,tapi AWAN mampu menyejatnya

AWAN itu kuat,tapi ANGIN mampu menolaknya

ANGIN itu kuat,tapi BUKIT mampu menghalangnya

...BUKIT itu kuat,tapi MANUSIA mampu menghancurkannya

MANUSIA itu kuat,tapi NAFSU mampu menundukkanya

NAFSU itu kuat,tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA



thanks to Ahmad Xulfamie...

Mar 11, 2011

Cara Bersangka Baik


Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu
. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil
, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua
, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu
, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh
, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir
, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tujuh Golongan Di Alam Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”


Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.



” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”


” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.


” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.


” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.

Mar 7, 2011

Bersihkan Hati ...


Kenapa kita terasa seringkali sukar hendak membersihkan hati
& akhirnya kita lelah dalam usaha untuk mencucinya...

Salah satunya adalah kerana kita masih simpan rasa cinta kepada dosa...

Mungkin daripada 100 dosa yang biasa kita lakukan,
kita sudah tinggalkan 99.
Tapi ada 1 dosa yang susah & tak boleh kita tinggalkan.

Jadi kecintaan kepada dosa yang satu inilah yang menghalang jiwa
kita daripada jadi bersih.

Sebab ada dua cinta yang tak boleh bersatu dalam satu masa
iaitu cinta pada Allah & cinta pada maksiat...



Sekadar perkongsian untuk diri sendiri & sahabat yang disayangi...

Mar 4, 2011

Selamat Hari Lahir mak...! :-)

5hb mac 1960
post ni ditujukan kepada mak tersayang yang berada di kampung...
selamat hari lahir mak...semoga Allah sentiasa merahmati mak dan dimurahkan rezeki...
:-)


She used to hold you
And clean you and clothes you
She used to feed you

And always be with you
When you were sick

Stay up all night
Holding you tight

She used to hear you
Before you could talk

She used to hold you

Before you could walk

And when you fell
she picked you up

Clean your cut


She used to hug you

And buy you new clothes

Comb your hair
And blow your nose

And when you cry

She wiped your tears

Knows your fears

She really cares


Alhamdulillah...

Thank you Allah

Thank you Allah

Thank you Allah

For my mother.



Kelebihan Solat Dhuha


Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”


Rasulullah bersabda lagi,

“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”


Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:

“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”


Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:

“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Mar 2, 2011

Great Muslim song : Hijrah by Mu'adz from Malaysia